SABTU, 12 JUN 2021
PAKAN: Projek bina baru parit Rumah Budum di Tubai Buah, Pakan dijangka akan siap tidak lama lagi.
Projek mula dilaksanakan pada 12 Mac 2021 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Pakan dan dijangka siap pada Julai ini.
Pada Sabtu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mwan Ikom telah melakukan tinjau ke atas projek tersebut yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Dalam pada itu, beliau berharap projek tersebut dapat disiapkan mengikut spesifikasi dan jadual projek yang telah ditetapkan.-EDISI UKAS