Pusat Pengedaran Kampung Long Banga Edar Bantuan Makanan Sarawakku Sayang

SABTU, 12 JUN 2021

LONG BANGA: Kampung Long Banga telah menjadi Pusat Pengedaran Bekalan Makanan Sarawakku Sayang bagi beberapa buah kawasan di sekitarnya. 

Menurut Ketua Pemuda PBB Cawangan DUN Mulu Osart Bilong, bakul makanan ini telah dibawa dari Bandaraya Miri dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda terus ke pusat ini pada Khamis, 10 Jun dan tiba lewat malam Jumaat. 

Sebanyak 403 paket dengan 1,276 Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima manfaat dari bantuan makanan ini. 

Antara kampung yang terlibat dalam pengagihan bakul makanan ini ialah Long Banga 152 paket, Long Peluan 25 paket, Long Balong 21 paket, Long Beruang 61 paket, Ba’ Lai 38 paket dan Long Lamai 106 paket. 

Pengagihan bakul makanan ini akan dilakukan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan dibantu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). -EDISI UKAS

Share
0