Seramai 164 Penduduk Kampung Sebandi Hilir Jalani ACD

SABTU, 12 JUN 2021

LUNDU: Seramai 164 orang penduduk Kampung Sebandi Hilir di sini menjalani pengesanan kes aktif (ACD) pada Sabtu.

Ia susulan peningkatan kes positif COVID-19 di kampung tersebut dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dikeluarkan sejak tengah malam tadi sehingga 25 Jun 2021.

Daripada 164 individu itu, seramai 64 orang telah menjalani ujian RT-PCR kerana dikesan mempunyai simptom.

Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani juga berkesempatan meninjau Bilik Gerakan PKPD Kampung Sebandi Hilir.

Hasil tinjauan mendapati penduduk Kampung Sebandi Hilir patuh kepada pelaksanaan PKPD dan kekal berada di rumah. -EDISI UKAS

Share
0