Seramai 50 KIR Kampung Tanju Terima Bekalan Makanan BKSS 6.0

SABTU, 12 JUN 2021

KOTA SAMARAHAN: Seramai 50 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Tanju di sini menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang pada Sabtu.

Pengagihan bantuan itu menggunakan perahu bagi menghantar bantuan makanan ke 50 buah rumah yang tidak dapat dihubungi melalui jalan darat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang sendiri telah turun padang dan membantu menyerahkan bantuan bekalan makanan tersebut kepada ketua kaum yang mewakili penduduk seterusnya diagihkan kepada penerima bantuan makanan tersebut.

Beliau juga memaklumkan bahawa bantuan tersebut merupakan inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 29 Mei lepas.

Sementara itu, beliau juga memberitahu, agihan bantuan bekalan makanan bagi kawasan DUN Muara Tuang telah bermula hari ini dan akan diteruskan secara berperingkat.-EDISI UKAS

Share
0