Vaksin COVID-19 Sinovac Selamat Sampai Ke Kawasan Pedalaman Miri

SABTU, 12 JUN 2021

MIRI: Penghantaran vaksin COVID-19 ke kawasan pedalaman di Miri dengan menggunakan perkhidmatan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah sampai ke destinasi pada Jumaat.

Antara destinasi yang dihantar ialah Mulu, Long San, Bario dan Long Bedian. 

Menurut Komander Pengkalan Operasi Unit Udara (POU) Bomba Miri, PgKB II Robert James, penghantaran bekalan vaksin jenis Sinovac telah sampai di Mulu jam 10.55 pagi, diikuti Long San jam 11.34 pagi, Bario kira-kira jam 12.11 tengah hari dan Long Bedian pada jam 1.11 minit petang. 

Selain menghantar vaksin, penerbangan tersebut turut membawa bantuan  Bekalan Makanan Sarawakku Sayang seberat 731kg untuk dihantar ke Kampung Ba’ Lai.

Selepas ini, turut dihantar 2,703 kg bakul makanan ke Long Sait dan Pa’Tik sekiranya cuaca mengizinkan. -EDISI UKAS

Share
0