AHAD, 13 JUN 2021
BINTANGOR: Hari Keenam agihan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 di Meradong pada Sabtu melibatkan sebanyak 1,068 pek bantuan telah diagihkan.
Bantuan diagihkan kepada ketua isi rumah (KIR) di penempatan Cina Bandar Bintangor, Sungai Pasi, Sungai Selidap, rumah panjang di Tanah Putih, Sungai Selidap, Sungai Petai, Sungai Baron, Sungai Kesa dan Sungai Galan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing yang terlibat sejak pada hari pertama pengagihan ketika ditemui memohon KIR yang belum menerima bantuan perlu memaklumkan dengan segera kepada Ketua Masyarakat.
Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ketua masyarakat dan juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menjadi sukarelawan menjayakan kerja pengagihan di kawasan masing-masing.-EDISI UKAS