250 KIR Dari Tasik Biru Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

AHAD, 13 JUN 2021

BAU: Seramai 250 lagi Ketua Isi Rumah (KIR) dari kawasan Tasik Biru yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima sumbangan bekalan makanan di bawah pakej Bantuan Khas SarawakKu Sayang (BKSS) 6.0 pada Sabtu.

Program sumbangan kerajaan Sarawak itu telah dikendalikan oleh pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep.

Penerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang tersebut membabitkan jumlah KIR dari Kampung Skiat Baru sebanyak 90 KIR, Kampung Pengkalan Melayu (10) dan Taman Mutiara (150).

Pengagihan yang dilaksanakan tersebut berjalan lancar dengan turut dibantu oleh para Ahli Majlis, Majlis Daerah Bau (MDB) dan Ketua Kaum, Kapitan serta Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKK) kampung berkenaan. -EDISI UKAS

Share
0