Hari Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Di Bario Dapat Sambutan Menggalakan

AHAD, 13 JUN 2021

BARIO: Hari pertama pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Bario mendapat sambutan menggalakkan. 

Seramai 100 orang penduduk di Daerah Kecil Bario hadir menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pejabat Daerah Kecil Bario pada Sabtu.

Pejabat Daerah Kecil Bario dijadikan sebagai PPV memandangkan kawasan pejabat ini luas dan mudah untuk mematuhi Prosedur OperaI Standard (SOP).

Antara penduduk kampung yang mendapatkan vaksin COVID-19 ialah Kampung Padang Pasir, Kampung Pa’Umor dan Kampung Pa’ Ramapoh. 

Selain itu terdapat juga pegawai dari jabatan dan agensi kerajaan dan petugas barisan hadapan di daerah ini yang mendapatkan vaksin COVID-19. 

Untuk hari-hari seterusnya, penduduk yang sudah mendaftar digalakkan datang awal bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. -EDISI UKAS

Share
0