Jumlah Penerima Vaksin COVID-19 PPV Dewan Masyarakat Beluru Akan Ditambah

AHAD, 13 JUN 2021

BELURU: Seramai 400 orang penerima vaksin COVID-19 di sini menerima suntikan vaksin dos pertama jenis Sinovac. 

Menurut Ketua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Beluru Dr Syed Amir, mereka ini merupakan penduduk yang tinggal di sekitar Pekan Beluru. 

“Jumlah penerima vaksin ini akan ditingkatkan kepada 600 dos sehari dalam masa terdekat.

“Ini berdasarkan kepada kapasiti PPV Dewan Masyarakat Beluru yang mampu menampung jumlah penerima vaksin dalam satu-satu masa,” katanya semasa ditemui selepas meninjau proses vaksinasi di PPV Dewan Masyarakat Beluru pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Dr Syed Amir menyeru penduduk di Daerah Beluru untuk tampil dan merebut peluang ini mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. 

Sehingga kini, proses pemberian imunisasi suntikan Vaksin COVID-19 berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan. -EDISI UKAS

Share
0