AHAD, 13 JUN 2021
KUCHING: Seramai 214 ketua isi rumah (KIR) dari empat buah kampung dan kawasan Cina di Batu Kitang menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (6.0) pada Sabtu.
Sumbangan tersebut melibatkan 100 KIR di Taman Paramount, 48 KIR di Kawasan Kuap Kaum Cina, 31 KIR di Taman Kota Padawan Batu Kitang Kaum Cina dan 35 KIR di Kampung Sandong.
Ia dikendalikan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang serta dibantu oleh Ahli Majlis, Ahli Unit Sarbekas Batu Kitang dan Ketua Kaum kampung berkenaan.-EDISI UKAS