AHAD, 13 JUN 2021
LONG BEDIAN: Dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi di kawasan luar bandar di Sarawak, kerajaan telah mewujudkan inisiatif pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di kawasan pedalaman antaranya Long Bedian dan Long San.
Dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada Sabtu, seramai 100 penerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac menerima suntikan vaksin di PPV Dewan Masayarakat Long Bedian manakala 87 lagi menerima di PPV Dewan SMK Temenggong Oyang Lawai Jau, Long San.
Pembukaan kedua-dua PPV ini telah berjaya mengatasi masalah logistik serta kos tinggi yang sentiasa menjadi kekangan utama penduduk di kawasan pedalaman.
Sehubungan itu, penduduk di pedalaman perlu merebut kemudahan ini dalam mendapatkan suntikan vaksin sebagai langkah terbaik bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19 yang turut menular di kawasan pedalaman. -EDISI UKAS