AHAD, 13 JUN 2021
MULU: Bermula 12 Jun hingga 17 Jun 2021, penduduk di kawasan Daerah Mulu digesa rebut peluang terima suntikan vaksin COVID-19.
Ini bagi membolehkan negara mencapai 80 peratus imuniti kelompok sekaligus mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Justeru, penduduk hanya perlu mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 dan ianya percuma.
Dalam pada itu, seramai 100 penduduk di Daerah Kecil Mulu telah mengambil suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Mulu pada Sabtu.
Mereka yang sudah mendaftar hanya perlu datang awal ke PPV dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. -EDISI UKAS