Pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Di DUN Ba’kelalan Diteruskan

AHAD, 13 JUN 2021

BA’KELALAN: Pengagihan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di bawah Program Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan diteruskan pada Jumaat. 

Untuk zon Trusan Laut, sebanyak 824 bakul makanan diserahkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di 16 kampung antaranya Long Litong, Kampung Rancangan, Serapang, Lintang Baru, Trusan Bazzar, Temarub, Lugon Kelilang, Long Suang, Murud Suang, Gelapas Laut, Lubok Batong, Serugang, Silat, Meriting, Berjumpa dan Bada Rayeh.

Dalam memudahkan urusan pengagihan berjalan dengan baik dan lancar, semua bakul makanan tersebut diserahkan di setiap rumah Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK) untuk pengambilan secara teratur. -EDISI UKAS

Share
0