PICK Bergerak Daerah Sarikei Telah Selesai

AHAD, 13 JUN 2021

SARIKEI:Program Imunisasi COVID-19 di Pusat Penerima Vaksin (PPV) Bergerak Daerah Sarikei di Dewan Masyarakat Kampung Selalang telah selesai pada Ahad.

Program dijalankan selama dua hari yang melibatkan penduduk sekitar Kampung Selalang, Kerubong dan Kerapa ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Seramai 900 orang penerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama pada hari pertama dan 300 orang lagi pada hari kedua.

Pendekatan terbaharu yang disyorkan oleh kerajaan Sarawak ini mendapat sambutan yang positif di kalangan penduduk luar bandar.

Dalam pada itu, Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh merakamkan penghargaan kepada petugas yang menjayakan insiatif kerajaan Sarawak itu dan juga kepada penduduk yang memberikan kerjasama baik.-EDISI UKAS