PPV Dewan SJK (C) Kee Tee, Long Lama Dibanjiri Penerima Vaksin Seawal Jam 8 Pagi

AHAD, 13 JUN 2021

LONG LAMA: Keputusan kerajaan memperluaskan Program Imunisasi COVID-19 di kawasan pedalaman dan luar bandar bagi mempercepatkan vaksinasi dan mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 mula mendapat sambutan masyarakat setempat. 

Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Kee Tee, Long Lama, penduduk yang mempunyai temu janji menerima vaksin COVID-19 mula membanjiri PPV tersebut seawal jam 8 pagi. 

Seramai 359 penerima vaksin menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac. 

Peningkatan jumlah penerima vaksin COVID-19 setiap hari di PPV Dewan SJK C Kee Tee ini menunjukkan kesedaran masyarakat pentingnya mengambil suntikan vaksin bagi mengekang penularan wabak pandmeik COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0