110 Penduduk Bario Terima Vaksin COVID-19 Dos Pertama

ISNIN, 14 JUN 2021

BARIO: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Daerah Bario telah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Hari kedua program vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pejabat Daerah Kecil Bario pada Ahad, seramai 110 penduduk menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama. 

Antara kampung yang mendapatkan vaksin COVID-19 ialah Kampung Baru Bario, Kampung Arur Layun Bario, Kampung Arur Dalan Bario dan Kampung Pa Derung Bario.

Turut sama mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 ialah Ketua Masyarakat Kawasan Bario Sentral Penghulu Robertson Bala dan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bario dan Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Bario. 

Dalam pada itu, penyelaras PPV Pejabat Daerah Kecil Bario berharap penduduk  setempat di Bario mengambil kesempatan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi melindungi diri, keluarga dan orang lain.

Mereka yang telah mendaftar mendapatkan vaksin diharap dapat datang awal bagi mengelakan perkara yang tidak diingini. -EDISI UKAS

Share
0