340 KIR Di Kampung Pichin Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

ISNIN, 14 JUN 2021

TEBEDU: Seramai 340 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Pichin menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang sumbangan daripada kerajaan Sarawak.

Simbolik penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Dr Simon Sinang Bada dan Pegawai Khas Menteri Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Patehi Abdul Rahman.

Patehi Abdul Rahman semasa ditemui  memaklumkan, setakat ini penghantaran dan pengagihan bakul makanan di seluruh kawasan DUN Tebedu berjalan dengan lancar.

Tambah beliau, agihan bantuan makanan di Kampung Pichin merupakan lokasi terakhir.

Mengulas lanjut ujarnya, kaedah pengambilan bekalan dilakukan secara berperingkat bagi mengurangkan pergerakan orang ramai berkumpul di balai raya kampung berkenaan. -EDISI UKAS

Share
0