600 Penduduk Simunjan Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

ISNIN, 14 JUN 2021

SIMUNJAN : Seramai 600 orang penduduk yang mendapat temujanji telah hadir menerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Mesra Simunjan, pada Isnin.

Pemberian suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac bagi dos pertama ini melibatkan warga emas dan golongan berisiko, bermula 14 Jun sehingga 18 Jun 2021.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris  yang hadir meninjau perkembangan di PPV tersebut, berpuas hati dengan proses pelaksanaan program oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama dengan pihak sukarelawan, sekaligus amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh para penerima.

Keadaan serta kelengkapan di PPV juga kelihatan terkawal dan teratur menambahkan keterujaan penduduk untuk mendapatkan vaksin masing-masing.

Hadir sama ke PPV tersebut, Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap, Pegawai Tadbir Khas kepada Dato Sri Nancy Shukri, Awang Safri Awang Ahmad serta Pegawai Kesihatan Daerah Simunjan, Dr. Joshua Peterson Peter Legi. -EDISI UKAS

Share
0