800 Lagi Penduduk Lundu Terima Vaksin COVID-19

ISNIN, 14 JUN 2021

LUNDU : Seramai 800 orang lagi penduduk khususnya warga emas dan individu yang berisiko tinggi menerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lundu, pada Isnin.

Penghulu Zon Sematan, Jumahdi Sabian semasa ditemubual UKAS berkata, beliau berasa sangat lega dan bertambah yakin setelah melengkapkan vaksin COVID-19, dan ia tidak memberi kesan sampingan terhadapnya walaupun beliau menghidap penyakit jantung dan sedang menggunakan perentak jantung.  

Oleh itu, beliau menggesa orang ramai untuk tidak takut mendapatkan vaksin COVID-19 dan segera mendaftarkan diri bagi melindungi diri, keluarga dan orang lain. 

Berdasarkan tinjauan, proses vaksinasi tersebut berjalan dengan lancar dan terkawal dengan bantuan petugas-petugas sukarelawan serta petugas agensi. -EDISI UKAS