ISNIN, 14 JUN 2021
SIMUNJAN : Hari pertama pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Gedong pada Isnin, mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk.
Seramai 250 orang penerima telah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi dos pertama, di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) RTC Munggu Lalang, melibatkan warga emas dan individu berisiko tinggi.
Menteri Muda Perdagangan dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais turut hadir meninjau proses pemberian vaksin berkenaan bersama dengan ADUN Simunjan, Awla Dris.
Katanya, proses berjalan dengan lancar dan teratur oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia Daerah Simunjan dan dibantu oleh pihak sukarelawan.
Hadir sama, Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu serta Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap. -EDISI UKAS