ADUN Simunjan Serah Peruntukan MRP Kepada Tiga Sekolah

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris meluangkan masa menyerahkan sumbangan kepada tiga sekolah di Rumah Rehat Sri Simunjan pada Ahad.

Sumbangan yang pertama adalah kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Haji Bujang Rangawan Putin, Sadong Jaya bagi menjalankan aktiviti.

Seterusnya penyerahan wang insentif kepada pelajar SPM SMK Sri Sadong manakala SK Sageng pula menerima dana bagi pembesaran bilik guru SK Sageng.

Sumbangan-sumbangan telah diserahkan kepada Guru Besar SK Haji Bujang Rangawan Putin, Noria Ramli, wakil dari SMK Sri Sadong, Awang Ahmad Awang Sadit dan Ramlan Bohri dari SK Sageng.

Kesemua peruntukan adalah di bawah geran projek kecil luar bandar (MRP) ADUN Simunjan.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Cawangan PBB N25 Simunjan, Bojeng Ali, Penghulu Ahmad Dol Simpol dan Ketua PBB Zon 4 Rangawan, Raffendy Ariffen. -EDISI UKAS

Share
0