Agihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Ke Pedalaman Telang Usan Terus Dipergiatkan

TELANG USAN: Pengagihan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di bawah program Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sumbangan Kerajaan Sarawak terus dipergiatkan ke kawasan pedalaman Utara Sarawak.

Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan, agihan bantuan makanan diteruskan dengan mendapat bantuan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada bantuan tersebut. 

Pada Ahad, sebanyak 13 lokaliti diagihkan bantuan makanan dengan 10 lokaliti menggunakan kenderaan pacuan 4 roda manakala 3 lokaliti di Tinjar menggunakan pesawat helikopter Bomba berikutan penempatan yang sukar dihubungi melalui jalan darat. 

Antara 13 lokaliti tersebut ialah Ba’ Kabeng 15 Ketua Isi Rumah (KIR), Long Melangit 13 KIR, Ba’ Abang 56 KIR, Long Itam Asal 8 KIR, Long Itam Bunau 45 KIR, Long Lilim Patah 53 KIR, Ba’ Pakan 66 KIR, Long Belok 65 KIR, Long Sayan 49 KIR dan Long Seniai satu KIR. 

Sementara tiga lokaliti Apau Nyaring 50 KIR, Apau Nyaring 50 KIR dan Long Liaw 30 KIR dihantar menerusi helikopter milik JBPM. -EDISI UKAS

Share
0