Agihan Bantuan Makanan BKSS Di DUN Balingian Akan Dipercepatkan

ISNIN, 14 JUN 2021

BALINGIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi memberi jaminan pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 di kawasan itu akan dipercepatkan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak.

Katanya, proses agihan sedikit terganggu kerana kelewatan pembekal menghantar bekalan makanan kepada mereka.

“Pengagihan ini dijangka berakhir pada 14 Jun, sebab bekalan lambat sikit dari pembekal. Dalam satu hari kita hanya dapat agihkan sekitar 1000 bakul makanan.

“Walaubagaimanapun kita cuba percepatkan pengagihan bekalan ini,” katanya kepada UKAS semasa hari ketiga agihan bantuan itu di beberapa rumah panjang sekitar kawasan Bayan Tasik pada Jumaat.

Jelasnya, kawasan DUN Balingian mempunyai seramai 5555 KIR yang layak menerima bantuan.

Sementara itu, Tuai Rumah Boney Kinsun, merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas sumbangan makanan BKSS.

Tuai Rumah Tan Tegong ketika ditemubual UKAS turut berterima kasih kepada Kerajaan GPS dan ADUN Balingian kerana prihatin dengan nasib mereka semasa tempoh sukar akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penghargaan tidak terhingga turut dinyatakan Tuai Rumah Seliau Randi kepada ADUN Balingian dan Ahli Parlimen Mukah, Dato Hajah Hanifah Hajar Taib atas bantuan tersebut.

Sebanyak 624 bakul diagihkan kepada KIR di beberapa rumah panjang sekitar Balingian iaitu Rumah Punai (20), Rumah Jimbun (28), Rumah Bugek (24), Rumah Munang (20), Rumah Bet (11), Rumah Aleh (15), Rumah Bansan (25), Rumah Raweng (9), Rumah Linggi (13), Rumah Jabo (25), Rumah Boney (75), Rumah Aji (46), Rumah Vincent (20), Rumah Tinggom (32), Rumah Payong (43), Rumah Helena (23), Rumah Manggi (7), Rumah Seliau (34), Rumah Albin (39), Rumah Kasit (24), Rumah Tan (25), Rumah Ngelayang (20), Rumah Jugah (22) dan Rumah-Rumah Persendirian Di Liok (24). – EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia