ISNIN, 14 JUN 2021
SARIKEI: Pusat Khidmat DUN Repok telah menghantar Bantuan Makanan Sarawakku Sayang untuk 1141 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan bandar di sini pada Ahad.
Ia turut diagihkan kepada petugas barisan hadapan seperti RELA, Bomba, Polis dan lain-lain.
Program tersebut diketuai oleh Kapitan Ling Dien Yong bagi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.
Rata-rata penduduk rumah panjang merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri serta Dato’ Sri Huang kerana telah banyak memberi bantuan kepada penduduk di situ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.
Dianggarkan sebanyak 8600 KIR akan menerima bantuan tersebut untuk kawasan Repok.-EDISI UKAS