Datuk Amar Douglas Tinjau Proses Vaksinani Di Sri Aman, Dijangka Siap Sepenuhnya Pada 20 Ogos 2021

ISNIN, 14 JUN 2021

SRI AMAN : Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turun padang bagi meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Sri Aman, pada Isnin.

Pada tinjauan tersebut, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) amat berpuas hati dengan pengurusan PPV berkenaan dan proses pemberian vaksin berjalan dengan lancar.

Katanya, proses vaksinani di Sri Aman dijangka akan siap sepenuhnya pada 20 Ogos 2021 dan ia bergantung kepada bekalan vaksin yang di terima.

Tambah beliau, pemberian vaksin secara hybrid juga akan dilaksanakan di kawasan pedalaman bagi memudah dan memastikan semua penduduk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Selain itu, khidmat pasukan kesihatan seperti doktor juga akan ditambah bagi memenuhi keperluan seterusnya mempercepatkan proses vaksinasi di bahagian Sri Aman.

Oleh yang demikian, beliau yakin perancangan yang strategik ini akan dapat membantu mencapai sasaran kerajaan untuk menyelesaikan pemberian vaksin pada bulan Ogos ini.

Hadir sama, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti merangkap ADUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis serta Residen Bahagian Sri Aman, Indit Bangai. -EDISI UKAS

Share
0