Hari Kedua Program Imunisasi COVID-19 Di PPV Dewan Sri Pantu Saksikan 300 Penerima Vaksin Sinovac

ISNIN, 14 JUN 2021

SRI AMAN : Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu pada Isnin, menyaksikan seramai 300 penduduk telah menerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac.

Program imunisasi untuk hari kedua itu berjalan dengan lancar dan terkawal walaupun terdapat beberapa permasalahan yang berlaku di bahagian pendaftaran.

Menurut laporan Pegawai UKAS di lapangan, antara isu yang timbul adalah berkaitan sesetengah nama penduduk yang hadir tiada dalam senarai pendaftaran.

Namun begitu, masalah sedemikian dapat diselesaikan dengan segera memandangkan penduduk yang hadir boleh mendapatkan vaksin COVID-19 secara terus dengan mendaftar di PPV berkenaan tanpa perlu menunggu giliran temu janji di hari yang lain.-EDISI UKAS