JKK Kampung Tebelu Hulu Lakukan Rondaan Berkala

ISNIN, 14 JUN 2021

SEBUYAU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Tebelu Hulu bertindak mengadakan rondaan berkala sebanyak seminggu sekali bagi membendung sebarang aktiviti yang tidak sihat dalam kalangan komuniti.

Rondaan telah dijalankan pada Ahad di sekitar kawasan kampung bagi memastikan keselamatan penduduk semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada sama, rondaan ini dilakukan bagi memantau kegiatan penduduk untuk sentiasa mematuhi dan mengamalkan norma baharu dalam aktiviti seharian.

Pengerusi JKKK Kampung Tebelu ketika ditemui mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak terutama pasukan Rela yang membantu menjayakan rondaan demi keselamatan kampung serta penduduk di sini -EDISI UKAS

Share
0