Penduduk Daerah Bau Sambut Baik Program Imunisasi COVID-19

ISNIN, 14 JUN 2021

BAU: Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan di Daerah Bau terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penduduk yang memberikan kerjasama dengan yang hadir bagi menerima dos pertama dan dos kedua suntikan vaksin pada Ahad.

Tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Perdana Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak itu mendapati ramai para penerima yang telah mendapat janji temu telah hadir awal di luar bangunan bagi mendapatkan giliran.

Sejumlah 1,200 individu telah menerima dos suntikan vaksin jenis Sinovac yang membabitkan seramai 900 orang penerima dos pertama suntikan, manakala bagi dos kedua suntikan pula adalah seramai 300 orang penerima.

Program yang dikendalikan oleh petugas Pejabat Kesihatan Daerah Bau itu turut dibantu petugas Sukarelawan daripada MyVAC, Ahli Majlis Daerah Bau dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA).

Petugas dari agensi lain yang turut membantu dalam melancarkan pelaksanaan program adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia