Peniaga Di Tamu RTC Sarawak Sibuti Digesa Rebut Peluang Daftar Bantuan Peniaga BKSS

ISNIN, 14 JUN 2021

SIBUTI: Para peniaga di Tamu RTC Sarawak, Sibuti yang masih belum mendaftar sebagai penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) segera berbuat demikian bagi mendapatkan manfaat sumbangan Kerajaan Sarawak. 

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata, mereka boleh menguhubungi Majlis Daerah Subis untuk mendapatkan bantuan peniaga BKSS ini. 

“Pada peniaga di Ramu RTC Sarawak ini diingatkan agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan BKSS untuk peniaga kecil seperti yang telah diumumkan Ketua Menteri baru-baru ini. 

“Mereka boleh berhubung terus dengan Majlis Daerah Subis jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan bantuan BKSS ini,” katanya. 

Katanya semasa ditemui selepas mengadakan tinjauan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Tamu RTC Sarawak, Sibuti pada Ahad. 

RTC Sarawak, Sibuti telah dibuka pada tahun 2015 dan seramai 216 orang peniaga yang berdaftar dan tidak termasuk peniaga harian berniaga di kawasan ini.

Turut sama hadir Pegawai Daerah Subis Jamalie Busri, Setiusaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Sarkawi Suhaili, Setiausaha Majlis Daerah Subis dan Pemanca Ali Mudin. -EDISI UKAS

Share
0