Sabar Menunggu Giliran, Elak Datang Terus Ke PPV Jika Belum Disenaraikan

ISNIN, 14 JUN 2021

BELURU: Masyarakat yang masih belum menerima panggilan atau temu janji mendapatkan vaksin COVID-19 diingatkan untuk tidak datang terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Beluru.

Ini bagi mengelak kesesakan di PPV tersebut dan memastikan proses vaksinasi berjalan lancar.

Pada masa sama, bersabar menunggu giliran masing-masing untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Pada Ahad, Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Daerah Beluru Tuai Rumah Ngumbang Tia dan Setiausaha Persatuan Tuai-Tuai Daerah Beluru Nora Ree merupakan antara 360 penerima vaksin COVID-19 di PPV Dewan Masyarakat Beluru.

Selain itu, turut menerima vaksin COVID-19 ialah penduduk di Sungai Mallang Atas, Sungai Mallang Tengah, Sungai Mallang Sanin, Mallang Sungai Kara, Sungai Selepin Tengah, Penduduk Pekan Beluru dan sebahagian Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di sekitar Bakong dan Tinjar. 

Sepanjang proses vaksinasi, setiap penerima vaksin hadir mengikut masa ditetapkan dan mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -EDISI UKAS

Share
0