200 Orang Terima Vaksin COVID-19 Di PPV Pejabat Daerah Kecil Lingga

SELASA, 15 JUN 2021

LINGGA: Seramai 200 orang penerima vaksin COVID-19 dari sekitar Seduku dan Lingga  menerima dos pertama vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pejabat Daerah Kecil Lingga pada Isnin.

Pemberian vaksin di situ merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ketiga yang mana ia telah berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran harian.

Kelancaran proses pemvaksinan di PPV tersebut turut dibantu oleh tujuh orang belia dan beliawanis daripada sukarelawan belia dan sukan.

Sementara itu, penduduk yang hadir berpuas hati terhadap layanan yang diberikan oleh para petugas di pusat berkenaan.

Program vaksinasi di Pejabat Daerah Kecil Lingga yang bermula pada 12 Jun itu menyasarkan 1,000 orang penduduk menerima vaksin dan dijangka selesai pada 16 Jun 2021.-EDISI UKAS

Share
0