375 Penduduk Telang Usan Terima Vaksin COVID-19 Dos Pertama

SELASA, 15 JUN 2021

LONG LAMA: Seramai 375 penduduk di Daerah Telang Usan menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama jenis Pfizer.

Mereka menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan SJK (C)  Kee Tee,  Long Lama pada Isnin. 

Kebanyakan mereka yang hadir menerima vaksin adalah daripada kalangan guru dan kakitangan sekolah di sekitar Telang Usan.

Proses pemberian vaksin berjalan lancar dengan dibantu petugas Kemenetrian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sukarelawan. -EDISI UKAS

Share
0