SELASA, 15 JUN 2021
KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir turun padang menyantuni petugas barisan hadapan di kawasan DUN Kabong pada Selasa.
Beliau telah menyumbangkan beberapa kotak air mineral, air kotak dan juga biskut kepada petugas di Pos Kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Darat Gerigat dan Sekatan Jalanraya (SJR) Simpang Roban.
Setakat ini dimaklumkan tiada pengguna jalanraya di situ melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan kesemuanya membawa permit untuk tujuan yang dibenarkan. – EDISI UKAS