ADUN Mulu Tinjau Proses Vaksinasi COVID-19 Di PPV Pejabat Daerah Kecil Bario

SELASA, 15 JUN 2021

BARIO: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala telah meninjau dan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pejabat Daerah Kecil Bario pada Isnin. 

Kehadiran beliau telah disambut Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan seterusnya di meninjau proses vaksinasi di PPV Pejabat Daerah Kecil Bario. 

Seramai 110 orang masyarakat di Daerah Kecil Bario menerima suntikan vaksin dos pertama. 

Sepanjang tinjauan itu, Dato Gerawat berkesempatan menembual penerima vaksin dan mendapatkan maklum balas berhubung proses vaksinasi ini. 

Pertemuan ini juga sebagai pembakar semangat dan sokongan moral kepada penduduk di Daerah Kecil Bario yang mana masih ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin. 

Maklum balas ini penting untuk menaik taraf kemudahan dan perkhidmatan vaksinasi kepada masyarakat pada masa akan datang. 

Antara penduduk kampung yang mendapatkan vaksin ialah Kampung Bario Asal, Kampung Arur Dalan, Kampung Ulung Palang, kakitangan Sarawak Energy Berhad Cawangan Bario serta sukarelawan yang bertugas di PPV Pejabat Daerak Kecil Bario. 

Dalam pada itu, pihak pengurusan berharap penduduk mengambil kesempatan ini bagi mendapatkan vaksin COVID-19. 

Sementara, bagi mereka yang sudah mendaftar dapat lebih datang awal bagi mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku. -EDISI UKAS

Share
0