ADUN Piasau Agih 2,138 Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Di 9 Buah Kampung

SELASA, 15 JUN 2021

MIRI: Sebanyak 2,138 Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 telah diagihkan kepada 9 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau pada Ahad. 

Antara 9 kampung yang terlibat ialah  Kampung Pasir Lutong, Kampung Pulau Melayu, Kampung Wireless, Kampung Luak, Kampung Haji Wahed, Kampung Sealine, Kampung Merikan, Merbau Estate dan Kampung Lutong Baru. 

Bantuan makanan telah diserahkan Menteri Muda Pelancongan dan Kesenian Sarawak yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR). 

Sepanjang pengagihan bantuan makanan ini, setiap KIR yang merupakan golongan B40 memberikan respon yang positif atas sumbangan daripada Kerajaan Sarawak. 

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan GPS kerana mementingkan kebajikan rakyat dalam tempoh yang sukar ini.

Hadir sama membantu empat orang Ahli Majlis Bandaraya Miri iaitu Kaunselor Aries Leong, Kaunselor Tan Lek Jin, Kaunselor Leslie Lau dan Kaunselor Chan Chai Pin. -EDISI UKAS

Share
0