Agihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang DUN Demak Laut

SELASA 15 JUN 2021

KUCHING: Penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang diteruskan lagi pada Isnin dengan seramai 222 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Kampung Tabuan Hilir dan 290 KIR dari Kampung Tabuan Lama menerima bekalan makanan.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh ketua kaum dan ketua ranting kampung masing masing.

Setakat ini seramai 4265 dari 6020 KIR Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut telah menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang. -EDISI UKAS