Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Untuk 236 KIR DUN Baleh

SELASA, 15 JUN 2021

BALEH: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh telah menghantar Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang ke kawasan Antawau Baleh pada Ahad.

Ia turut melibatkan kerjasama daripada Parlimen Hulu Rajang serta Pejabat Daerah Bukit Mabong.

Bantuan tersebut dihantar dengan menggunakan bot laju Pejabat Residen Kapit untuk diagihkan kepada 236 Ketua Isi Rumah (KIR) merangkumi lapan rumah panjang di situ.

Antara rumah panjang tersebut ialah Rumah Lucas Laso (43), Rumah Rentap (19) Rumah Jamit (27), Rumah Unggam (33), Rumah Panyau (35), Rumah Tajai Sanggau (37), Rumah James Bandak (34) dan Rumah Cherry Mudan (8). – EDISI UKAS