Bawa Buku Rekod Kesihatan Dan Kad Pengenalan Semasa Terima Vaksin COVID-19

SELASA, 15 JUN 2021

SEBAUH: Warga emas dan golongan rentan yang berisiko tinggi yang menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Raya Sebauh dikehendaki membawa buku rekod kesihatan dan kad pengenalan. 

Ini bagi membolehkan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memeriksa tahap kesihatan sebelum diberikan suntikan vaksin COVID-19. 

Pada Ahad, sebanyak 234 penduduk Daerah Sebauh menerima vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech. 

Kebanyakan mereka menerima suntikan vaksin COVID-19 pada sebelah pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. 

Sehingga kini, pemberian vaksin COVID-19 di Daerah Sebauh masih lagi tertumpu kepada warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan. -EDISI UKAS

Share
0