Cuaca Baik Lancarkan Pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Di DUN Bukit Kota

SELASA, 15 JUN 2021

LIMBANG: Cuaca baik telah memudahkan pengagihan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota yang memasuki hari keenam pada Ahad. 

Sebanyak 999 Ketua Isi Rumah (KIR) di tiga lokaliti Kampung Malagangai, Kampung Sungai Poyan dan 24 taman perumahan menerima agihan bantuan makanan Sarawakku Sayang. 

Pengagihan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kupulan hanya akan menghantar bantuan ke dewan atau ke rumah wakil penerima.

Selepas itu, wakil penerima akan menghantar atau menghubungi KIR di kawasan mereka untuk mengambil bakul makanan masing-masing.

Sehingga kini, sebanyak 6,094 bakul makanan telah selesai diagihkan di kawasan DUN Bukit Kota.

Penghantaran bantuan makanan terpaksa dihentikan pada hari Khamis dan Jumaat disebabkan stok bekalan makanan yang tidak mencukupi terutamannya beras.

Penghantaran bakul makanan kemudiannya disambung semula pada hari kelima (Sabtu) tetapi hanya melibatkan dua buah kampung di kawasan luar bandar iaitu Kampung Pundut dan Kampung Bukit Impas melibatkan 100 KIR. -EDISI UKAS

Share
0