SELASA, 15 JUN 2021
MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri akan mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri dalam masa terdekat.
Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan pihak industri di Bahagian Miri dan kini merupakan rundingan kali kedua.
“Kita telah berbincang dengan beberapa sektor industri misalnya sektor perkapalan, sektor perindustrian, sektor pembinaan, sektor perkilangan, sektor perniagaan, sektor pelancongan, sektor pengangkutan, sektor minyak dan gas dan sebagainya.
“Terkini, sektor minyak dan gas telah bersiap sedia untuk mengadakan PPV Industri dan jawatankuasa ini telah menasihatkan mereka untuk mengemukakan permohonan kepada COVID-19 Immunization Taskforce (CITF) Sarawak bagi mendapatkan kebenaran.
“Pembukaan PPV Industri itu nanti akan dilakukan melalui ‘Protect Health’,” katanya.
Katanya menerusi kenyataan media pada Isnin selepas mempengerusikan mesyuarat secara zoom dengan pemain-pemain industri di Miri pada petang Ahad.
Mesyuarat secara zoom JPBB Miri mengenai PPV Industri kali kedua mengkhususkan kepada beberapa sektor iaitu Sektor perkapalan, Sektor Minyak dan Gas Asli, Sektor Pelancongan, Sektor Pembinaan, Sektor Pengangkutan, Sektor Perniagaan, Sektor Pertanian dan Sektor Perkilangan.
Hadir sama Pengerusi JPBB Miri merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf. -EDISI UKAS