SELASA, 15 JUN 2021
BALINGIAN: Terima kasih Kerajaan Negeri. Itu rata-rata luahan kebanyakan penerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 di Balingian yang masih diteruskan pada Ahad.
Menurut Penghulu Ahmad Mahmud Zakeria ketika ditemubual UKAS, beliau amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi atas sumbangan tersebut.
Penghulu Johari Mahli juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri dan ADUN Balingian kerana prihatin dengan nasib masyarakat.
Bagi Ketua Kampung Merjuki Sahari, sumbangan tersebut amat dihargai penduduk di situ ketika mereka menempuh waktu sukar akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 648 Ketua Isi Rumah (KIR) di beberapa kampung dan penempatan di Balingian menerima bantuan tersebut.
Lokaliti penerima dari Kampung Tutus Mukah, Kampung Penipah Mukah, Kampung Mateding Kecil, Kampung Suyong Balingian, Pekan Balingian dan Kampung Kuala Balingian.
Abdul Yakub dan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Fridah Osman turut hadir mengagihkan bantuan. – EDISI UKAS