Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang DUN Ba’kelalan Berakhir Di Zon Beriwan

SELASA, 15 JUN 2021

BA’KELALAN: Proses pengagihan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan berakhir di Zon Beriwan pada Isnin. 

Sebanyak 870 Ketua Isi Rumah (KIR) dan keluarga yang mendiami 22 buah kampung dalam enam daerah kecil merangkumi Talis, Tengoa, Lepadan, Beriwan, Trusan dan Suang menerima bantuan makanan ini. 

Penghantaran bantuan makanan dijalankan secara bersinggah ke setiap kampung dengan menggunakan jalan darat meliputi 22 buah kampung.

Antara kampung yang menerima bantuan makanan Sarawakku Sayang ialah Long Tukon, Berayung Baru, Tang Talis, Long Tuan, Long Sebulu, Bangangga, Bukit Ango, Long Tukon, Long Tuan dan Long Sebulu.

Turut menerima ialah Puru Sia, Tang Lepadan, Long Bidang, Pa Lobo, Bukit Batu, Beriwan Tengah, Beriwan Kito, Tunas Baru, Batu Tari, Tang Sango A dan B, Long Tengoa dan Long Ibau. -EDISI UKAS

Share
0