PPV Bergerak Permudahkan Penduduk Luar Bandar Terima Vaksin COVID-19

SELASA, 15 JUN 2021

TATAU: Mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (PPV) yang pertama seumpamanya di Daerah Tatau dan Bahagian Bintulu telah memudahkan penduduk di kawasan luar bandar menerima vaksin COVID-19.

Seramai 413 orang penduduk Daerah Tatau menerima suntikan vaksin dos pertama jensi Sinovac di Dewan Masyarakat Punan, Rumah Ado, Lubok Kubong, Kakus pada Sabtu. 

Mereka yang menerima vaksin adalah penduduk yang tinggal di kawasan  pedalaman dalam kalangan 19 buah rumah panjang di kawasan Sungai Kakus Ulu.

Kebanyakan penduduk dan mereka yang menerima suntikan vaksin COVID-19 menyambut baik inisiatif kerajaan mewujudkan PPV Bergerak untuk memudahkan warga emas dan golongan rentan yang berisiko tinggi mendapat suntikan vaksin tanpa perlu ke bandar. 

Bagi Tuai Rumah Robert Nuing dari Nanga Segun, Kakus, beliau menggesa orang ramai yang masih berasa was-was supaya jangan takut untuk menerima vaksin dan mengambilnya demi keselamatan diri, keluarga dan orang lain.

“Saya berpesan kepada saudara mara dan orang ramai yang masih belum terbuka hati untuk mendapatkan suntikan vaksin, agar jangan takut untuk mendapatkan suntikan tersebut. 

“Saya telah mendapat suntikan vaksin COVID-19 dan tiada kesan sampingan yang negatif. 

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang terlibat menjayakan program pemberian vaksinasi ini,” katanya. 

Sementara itu, Tuai Rumah Arjey Kenai dari Nanga Mina, Kakus melahirkan kegembiraan apabila semua penduduk di rumah panjangnya telah mendapat 100 peratus suntikan vaksin COVID-19. 

“Saya berasa gembira kerana penduduk yang tinggal di rumah panjang saya telah 100 peratus mendapat suntikan vaksin. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan kakitangan kerajaan, Pejabat Daerah Tatau yang telah mengatur program ini,” katanya. 

Nada yang sama turut disuarakan Ado Bilong dari Lubok Kubong, Kakus yang gembira apabila melihat sebahagian besar penduduk rumah panjang telah mendapat suntikan vaksin COVID-19. 

“Saya berasa gembira pada hari ini (Sabtu), seramai 150 lebih masyarakat dari rumah panjang telah mendapat suntikan vaksin. 

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah membuat program suntikan vaksin ini khususnya kepada kami masyarakat Punan di sini,” katanya. 

Bagi Ketua Masyarakat Orang Ulu Daerah Tatau Penghulu Sanok Magai, inisiatif kerajaan mewujudkan PPV Bergerak telah memberikan kemudahan kepada penduduk di luar bandar kerana tidak perlu ke PPV Dewan Sukan Tatau yang jauh di bandar. 

“Saya mewakili masyarakat di sini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi kemudahan pemberian vaksin COVID-19 khususnya kepada warga emas yang tidak dapat menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Sukan Tatau,” katanya. 

Sementara itu, salah seorang penerima vaksin COVID-19 Ganya Unau, 98 tahun dari Rumah Arjey, Nanga Mina Kakus Tatau merupakan penerima vaksin tertua di Daerah Tatau ini. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia