Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 di Dewan Masyarakat Kampung Kalok Pusa

SELASA, 15 JUN 2021

PUSA: Seramai 200 orang menerima vaksin di Dewan Masyarakat Kampung Kalok Pusa menerusi Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 pada Isnin.

Program vaksinasi ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai yang melibatkan warga emas dan penduduk di kawasan tersebut.

Agensi yang terlibat seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah Pusa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sukarelawan turut membantu melancarkan proses sepanjang program imunisasi ini dijalankan.

Program tersebut diteruskan pada hari berikutnya di Dewan Masyarakat Kampung Beladin melibatkan 400 orang penerima vaksin dan Dewan Masyarakat Kampung Kalok melibatkan 397 orang.

Penduduk setempat dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas usaha memberikan vaksin secara percuma kepada rakyat. –EDISI UKAS