SELASA, 15 JUN 2021
DARO: Program pemberian vaksin secara outreach dilaksanakan di Pulau Bruit satu pendekatan yang sangat baik dan berkesan dalam membantu penduduk di kawasan terpencil itu untuk menerima suntikan vaksin.
Pendekatan itu membolehkan mereka yang berada di Pulau Bruit tidak perlu pergi jauh ke Daro untuk mendapatkan vaksin.
Pada masa sama, ia membantu meringankan beban penduduk kerana tidak memerlukan kos pengangkutan yang tinggi untuk mendapatkan vaksin.
Tinjauan UKAS semasa program vaksinasi yang diadakan di Klinik Kesihatan Kampung Betanak pada Isnin mendapati rata-rata penerima bersyukur kerana mereka telah menerima vaksin sebagai perlindungan diri mereka dari jangkitan wabak Covid-19.
Malah, mereka juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dengan usaha membawa pusat vaksin ke tempat mereka.
Sebanyak 120 lagi dos vaksin dibekalkan kepada penerima terdiri daripada warga emas dan individu berisiko tinggi. –EDISI UKAS