Seramai 2,564 KIR DUN Belaga Telah Menerima Bantuan Makanan BKSS

SELASA, 15 JUN 2021

BELAGA: Seramai 2,564 ketua isi rumah (KIR) di DUN Belaga telah menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 sehingga Ahad.

Jumlah tersebut melibatkan 46 buah rumah panjang dan kampung, empat buah sekolah dan sebuah klinik.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBD) Belaga juga telah menyerahkan bantuan tersebut kepada 735 KIR pada Ahad.

Antara KIR terdiri daripada penempatan Rumah Kejaman Lasah, Long Segaham (127), SK Long Segaham (tujuh), Rumah Rumah Kejaman Neh, Long Liten (126), Uma Kahei, Long Mekero (120), Uma Aging, Long Daah (77), Baling Avoon (50), Kampung Sungai Tegan (26), Rumah Sekapan Panjang (186) dan SK Airport (16). EDISI UKAS