Sumbangan Air Minuman Dan Makanan Kepada Petugas Di PPV Kampung Kalok, Pusa.

SELASA, 15 JUN 2021

PUSA: Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim telah menyumbang minuman dan makanan kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kampung Kalok, Pusa.

Mewakili beliau, Dato Lim Kian Choon telah menyampaikan sumbangan tersebut pada Isnin.

Para penerima bantuan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Khidmat Batang Lupar khususnya kepada Dato Sri Rohani atas sumbangan tersebut. – EDISI UKAS