Suntik Dahulu, Daftar Kemudian Permudahkan Urusan Pemberian Vaksin Di PPV Dewan Masyarakat Long Bedian

SELASA, 15 JUN 2021

LONG BEDIAN: Kaedah suntik dahulu dan daftar kemudian telah memudahkan urusan pemberian vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Long Bedian. 

Kaedah ini adalah inisiatif Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bagi masyarakat di kawasan pedalaman dan luar bandar. 

Kaedah ini dilihat efektif terutama bagi kawasan pedalaman dan luar bandar yang masih belum mendapat liputan internet. 

Pada Isnin, seramai 81 penduduk di Long Bedian menerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac. 

Justeru, dengan menggunakan kaedah ini jumlah mereka yang menerima vaksin COVID-19 akan meningkat dan mampu mencapai imunisasi kelompok khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar. -EDISI UKAS

Share
0