RABU, 16 JUN 2021
BAU: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau melakukan sanitasi awam di Sekolah Kebangsaan (SK) Jagoi Bau pada Selasa.
Ketua BBP Bau, Tawang Lingem berkata, khidmat sanitasi awam dilakukan atas permintaan daripada pihak guru besar sekolah terbabit.
Menurutnya, ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19 selepas sekolah menerima laporan kes positif COVID-19 di sekolah tersebut.
“Proses sanitasi melibatkan tiga anggota BBP Bau membabitkan kawasan luar dan dalam tiga blok bangunan kelas dan juga satu blok bangunan asrama sekolah,” katanya ketika ditemui pada Selasa.
Tambahnya, sanitasi awam penting bagi memastikan kawasan sekitar bebas daripada wabak COVID-19. -EDISI UKAS