Pembukaan Semula “Miri Open Air Market” Dengan SOP Ketat

RABU, 16 JUN 2021

MIRI: “Miri Open Air Market” dibuka semula mulai 14 Jun 2021.

Menurut Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam kenyataan media pada Selasa, pembukaan semula Miri Open Air Market ini disertakan dengan beberapa garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) diperketatkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

“Antara syarat yang dikenakan ke atas peniaga yang memulakan perniagaan ialah menjalani Ujian Swab RT-PCR dengan keputusan negatif kepada COVID-19.

“Juga, selesai menjalani kuarantin selama 14 hari yang disahkan Jabatan Kesihatan Miri dan membawa bersama keputusan ujian calitan apabila diminta anggota penguatkuasa,” katanya. 

Miri Open Air Market telah ditutup sementara pada 25 Mei 2021 kerana terdapat laporan mengenai kes positif COVID-19 di kalangan peniaga. 

MBM telah telah melakukan pembersihan secara besar-besaran sepanjang penutupan tersebut.

Sehubungan itu, MBM mengingatkan kepada peniaga dan pengguna yang datang ke Miri Open Air Market ini untuk mendaftar masuk menerusi aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis pasar, memakai topeng muka, menjaga jarak fizikal dan mengelak hubungan rapat antara satu sama lain. -EDISI UKAS

Share
0